Sign In

Blog

Latest News
Pengaruh SIKAP Di Dalam Membina Kejayaan Sebagai USAHAWAN

Pengaruh SIKAP Di Dalam Membina Kejayaan Sebagai USAHAWAN

80% kejayaan dalam hidup ini bergantung pada sikap, 19% kejayaan bergantung pada ilmu dan hanya 1% sahaja yang bersandar pada nasib. Sikap dan ilmu adalah penentu kepada faktor yang 1 peratus, sama ada bernasib baik atau tidak

PENGARUH SIKAP

Secara kasar, dalam kehidupan ini, dalam kalangan orang yang berilmu ada yang kurang berjaya, dan juga ramai yang bijak tetapi kurang cemerlang.

Mereka tahu, jika mahukan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat, mereka perlu bersungguh-sungguh, bekerja keras dengan kesabaran dan perancangan yang bijak. Tetapi sebaliknya ada yang bersikap negatif seperti tidak komited, malas, sambil lewa atau main-main.

Namun, apabila seseorang yang bersungguh-sungguh berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan, sayangnya, timbul pula perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki dari dalam kalangan yang sambil lewa itu lantas memperkatakan tentang nasib atau lain-lain yang tidak sedap kita dengar.

Ramai orang yang mahu berjaya dalam kerjaya akan menghadiri pelbagai kursus dan seminar. Mereka diberi input pembelajaran tentang selok-belok sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjaya mereka. Segalanya boleh dikatakan tersedia di hadapan mereka untuk dihadamkan minda. Tetapi percayalah, jika sikap negatif yang ada pada diri sendiri tidak mahu diubah, maka tiada apa pun kejayaan yang mampu dicapai.

KEUPAYAAN NIAT MEMBENTUK SIKAP UNTUK BERJAYA

Tiada siapa pun yang berkata mencapai kejayaan itu sesuatu yang mudah kerana sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan sama ada dalam bentuk masa, tenaga, perasaan mahu pun wang ringgit.

Setiap kejayaan yang hendak dicapai pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang menguji kesabaran kerana masa untuk mencapainya itu kebiasaannya panjang. Walau apa sahaja yang dihadapi atau dilakukan perlulah ditempuhi dan dilaksanakan dengan positif kerana kita telah memilih untuk berjaya. Semua ini adalah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar dalam pembentukan sikap positif jika benar-benar mahu berjaya dalam mencapai matlamat.

MEMBENTUK SIKAP “AKU MEMILIH UNTUK BERJAYA”

Sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah dengan reformasi pemikiran diri sendiri. Ia bermula dengan sikap berserta doa, usaha dan kepercayaan penuh pada Tuhan.

“Aku pilih untuk berjaya dan segala cabaran yang aku hadapi adalah proses untuk aku berjaya. Aku perlu tempuhi dengan sikap yang positif kerana aku memilih untuk berjaya”.

Marilah kita perbaiki diri kita untuk mencapai kejayaan..

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *